[banner_pm.JPG]

Thursday, January 18, 2007

BONGKAR INSIDEN KOLEJ 12 DAN 14


Insiden kekecohan di Kafe Kolej 12 &14 pada 17 Julai. Boleh saudara jelaskan.
Saya sampai di situ sekitar pukul 7 malam. Pada waktu itu, keadaan masih tenang, tiada apa-apa yang berlaku. Kekecohan tersebut berpunca daripada GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), sebuah pertubuhan haram. Mereka menyebarkan risalah-risalah haram. Bukan sekali dua kesalahan mereka (menyebar risalah haram), tetapi kita sekadar pantau dan tidak mengambil tindakan balas. Di samping itu juga, mereka (pertubuhan haram) turut membuka kaunter tanpa melalui Sekretariat MPP dan tanpa keizinan pihak MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) kolej tersebut. Itulah faktornya, mereka bertindak di luar batasan AUKU dan peraturan universiti. Sudahlah pertubuhan haram, buka pula kauter haram. Mereka pertubuhan haram, apakah hak mereka nak mencari ahli-ahli baru secara haram. Kalau mereka bertindak secara sah(mendaftarkan diri dengan universiti) dan bertindak mengikut peraturan universiti keadaan ini tidak berlaku.Bayangkanlah anda seperti pencuri.Sudahlah rumah tuan rumah anda masuki dan curi harta peribadi, lalu anda sindir tuan rumah dengan mempamerkan hasil-hasil curian anda daripada tuan rumah, dengan harapan anak tuan rumah itu membeli semula harta-harta kepunyaannya yang telah dicuri Adilkah sikap anda itu. bagaimana pula hak asasi tuan rumah yang kena curi itu. Itu kena tanya Chang Lih Kang, koodinator SUARAM yang kononnya nak menjaga hak asasi tetapi menjadi perancang utama merosakkan hak asasi majoriti mahasiswa dan penghuni asrama UPM.

Benarkah berlaku pergaduhan?
Pergaduhan sebenarnya tidak berlaku. Ketika itu, saya sendiri meminta MTM kolej sendiri yang berunding dengan persatuan tersebut supaya mereka beredar. Sebelum itupun mereka telah mengedar risalah di kafetaria di KTP (kolej Tun Perak). Mereka berdegil untuk beredar walaupun pihak keselamatan dan pegawai HEP telah meminta mereka beredar dengan aman. Sekitar jam 7.15 malam, MTM datang. Kebetulan juga pemain-pemain ragbi yang baru pulang menjalani latihan . Saya minta mereka menjelaskan mengapa mereka membuka kaunter tanpa kebenaran pihak MTM dan pengurusan kolej. GMM tidak memperdulikan pertanyaan saya. Larangan dan gesaan pihak keselamatan dan pegawai HEP langsung tidak diendah. Sebaliknya, pegawai-pegawai dan fello kolej turut diperlekehkan. Mereka bertindak melakukan provokasi terhadap kami. Pihak keselamatan akhirnya terpaksa memanggil polis walaupun mereka berulangkali dipujuk untuk beredar.Apabila polis datang, mereka memutar belitkan cerita bahawa mereka dibuli dan dikasari.

Walhal tiada langsung serangan fizikal seperti mana yang digembar-gemburkan, dipukul jauh sekali. Mereka kurang senang kerana pada mereka, kafe adalah tempat makan. Saya telah berunding, meminta mereka beredar secara baik, tetapi mereka berdegil. Sepatutnya mereka bersurai kerana mereka telah melakukan kesalahan.Saya bimbang mereka akan diambil tindakan oleh universiti jika terus melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka bersurai secara baik selepas perundingan itu, kejadian tersebut tidak berlaku.

"Saya minta mereka menjelaskan mengapa mereka membuka kaunter tanpa kebenaran pihak MTM dan pengurusan kolej. GMM tidak memperdulikan pertanyaan saya. Larangan dan gesaan pihak keselamatan dan pegawai HEP langsung tidak diendah. Sebaliknya, pegawai-pegawai dan fello kolej turut diperlekehkan"

Ada yang berpendapat kes 17 Julai sebagai rancangan pihak luar yang berniat jahat ?
Ya. pendapat itu benar.Mereka telah merancang dari awal kalau tidak kenapa ramai pihak luar boleh terlibat dalam kejadian itu. Siap boleh ada rakaman video dan wartawan luar. Berapa kerat ahli GMM UPM ketika itu, kalau nak dibandingkan dengan orang luar. Kenapa orang yang sudah habis belajar juga turut terlibat dalam kejadian itu. Saya dapati beberapa orang berkamera video (wartawan Merdekareview) datang bersama beberapa ahli GMM. Kemudian, dengan tiba-tiba muncul pula Chang Lih Kang (Penyelaras SUARAM) yang membawa wakil GMM keluar dan berbincang secara sulit. Chang Lih Kang bukan pelajar UPM. Dia sudah bekerja dan berofiskan jauh dari UPM. Bagaimana boleh seorang orang luar muncul secara tiba-tiba kalau bukan dirancang awal.

Dua hari selepas kejadian (kejadian 17hb.), seorang wartawan tersebut (Merdekariview) telah menahan saya di luar bilik kuliah. Wartawan itu bertanya apakah yang terjadi kepada saya. Namun saya tidak memberi sebarang komen. Dia mengekori dan mendesak saya dengan pelbagai soalan selama lebih 15 minit. Oleh itu, GMM dan SUARAM telah merancang membawa wartawan tersebut masuk ke UPM ketika hari kejadian untuk merakamkan perancangan mereka. Mereka bijak untuk fokus hanya kepada seorang ahli mereka yang berteriak,(Lee Huat Seng-Pelajar USM) seolah-olah diapa-apakan dengan kamera dalam pelbagai sudut.Siapa Lee Huat Seng ni..apa nombor matrik dia di UPM..berapa yuran pengajian yang dia bayar di UPM untuk masuk campur urusan universiti kami. Berapa yuran kolej di UPM yang telah dia bayar untuk menceroboh sesuka hati ke universiti kami..Saya tidak pernah buat kacau universiti lain...apa hak dia datang buat kacau di universiti kami..

Saya kecewa ketika kami berbincang dan berunding secara damai tidak difokus langsung. Saya tertanya-tanya juga kenapa tiada difokuskan juga suara-suara angkuh mereka, kata-kata keras mereka (GMM)?

Dalam hal ini, saya bersyukur kerana saya sudah bertindak sepatutnya, iaitu berunding, dan saya juga ada memohon supaya pemain-pemain ragbi supaya mengawal keadaan. Tapi saya kesal dengan cara dan sikap GMM yang memulakan provokasi tersebut. Tapi alhamdulillah, tiada tindakan fizikal, tiada pergaduhan berlaku..

Jika benar, adakah perancangan ini jahat melampau ?
Saya kesal yang mereka sudah melampaui batas, iaitu tidak menghormati pihak keselamatan, MTM kolej. Malah pada hari kejadian, selepas bersurai daripada kafe 12&14, sekitar pukul 8.30 malam mereka beredar ke tempat lain. Didapati mereka bergerak ke Kolej 10 dan Kolej 11 yang merupakan ‘port’ kedua untuk mereka berkumpul dan mengedar risalah. Saya nampak seorang pelajar yang menggunakan motor pendaftaran JCF 6358 membawa banyak risalah untuk diedarkan.

Difahamkan terdapat perancangan susulan pihak luar ?
Ya. Mereka(pihak luar) itu menceroboh kampus sekali lagi pada 25 Julai 2006.

Apa komen saudara terhadap perancangan-perancangan ini?
Saya amat kesal kerana mereka merancang dengan niat untuk menjatuhkan maruah mahasisiwa-mahasiswa UPM dan mereka berniat untuk merosakkan imej UPM di kaca mata umum. Taktik zionis, merancang kejahatan dan mempamerkan kepada umum kononnya berlaku kecohan di UPM. Saya cabar Merdekareview, siarkan semua rakaman video yang belum diedit. Apa niat dan hak anda menyiarkan rakaman video yang telah disunting menggunakan dua kamera berlainan. Kalau benar anda memperjuangkan kebebasan media, siarkan semua rakaman asal yang belum disunting.

Saya mengharapkan kepada pihak kerajaan pertamanya soal pertubuhan yang tidak berdaftar (pertubuhan haram-GMM), wajib dibanteras dan dipantau pergerakan mereka oleh semua pihak. Apabila bergerak secara haram, secara underground, pihak universiti haruslah menyiasat tujuan mereka hingga ke akar umbi supaya mereka tidak baling batu sembunyi tangan. Keduanya, campurtangan pihak luar, termasuk pelajar-pelajar luar dan rangkaian-rangkaian mereka.

Nampaknya saudara telah menjadi 'target' pihak GMM dalam episod perancangan ini?
Saya tidak kisah. Saya yakin saya berada dipihak yang benar. Selaku Presiden MPP UPM sesi ini saya bertanggungjawab menjaga keharmonian majoriti mahasiswa-mahasiswi UPM. Majoriti mahasiswa-mahasiswi telah pilih saya dalam piliharaya kampus dan mengangkat saya sebagai ketua mereka maka tanggungjawab saya menjaga keharmonian mereka agar tidak diganggu oleh anasir luar. Itulah yang mampu saya lakukan. Tafsiran GMM kepada saya, saya tidak peduli kerana mereka pertubuhan haram yang hanya mempunyai ahli dua tiga kerat di UPM. Tanggungjawab saya menjaga majoriti mahasiswa, bukannya dua tiga kerat kumpulan haram ini.

Harapan saudara kepada pihak yang terlibat.Saya amatlah berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera,kerana ini melibatkan nama baik Universiti, MPP dan nama baik saya sendiri serta mahasiswa UPM seluruhnya. Harapan saya agar tiada pihak luar yang cuba merosakkan keharmonian dan kesejahteraan kampus kami yang dibina berasaskan persefahaman antara kaum dan agama. Saya juga berharap agar pihak pentadbir universiti masing, memantau dan sama-sama membanteras kegiatan pertubuhan haram seumpama GMM,dan juga rangkaian-rangkaian mereka. Di pihak saya, saya telah berbuat dan cuba menjalankan tanggungjawab saya sebagai perwakilan pelajar yang dipilih sebaik mungkin dalam memperjuangkan hak dan mempertahankan maruah mahasiswa UPM yang mahukan keadaan yang harmoni. Itulah perlunya kita lalui mengikut peraturan-peraturan serta garis panduan seperti AUKU, dan sebagainya. Kita berharap semua pihak dapat menghormati majoriti mahasiswa yang memilih kepimpinan mereka dalam MPP, MTM.

Pada saya, MPP akan mempertahankan suasana aman dan ketenteraman di dalam Universiti Putra Malaysia. Saya berdoa agar orang luar tidak bermain api demi UPM yang tercinta!