[banner_pm.JPG]

Wednesday, January 17, 2007

DEMA?..GMM?..SMP?..PBT?..??? - SAYA TIDAK GENTAR-

ANDA kenal mereka!!!... Saya kenal mereka tapi saya ibaratkan mereka seperti keluarga LIM KIT SIANG!!!
Apa motif DEMA?..GMM?..SMP?..PBT?.. Memang sudah jelas mereka semua tiada pendirian dalam perjuangan. Lihat sajalah dimana pendirian sebenar persatuan haram mereka. Objektifnya, mereka cuba untuk menghancurkan kedamaian dan kemakmuran yang ada di dalam kampus. Apapun yang berlaku dan mereka lakukan kini, saya sebagai anak Malaysia dan pejuang bangsa Melayu tidak akan berdiam diri di atas apa yang mereka telah lakukan. SAYA TIDAK GENTAR. Saya masih ingat apa yang telah mereka lakukan seperti apa insiden yang berlaku di Kolej 12 dan 14.
Kini, mereka sedang mengatur dan merancang beberapa siri program untuk menubuhkan persatuan bahasa tioghua mereka pula. APA MOTIF sebenar mereka ingin menubuhkan persatuan tersebut di bumi UPM? Mereka mengatakan bahawa mereka perlukan kebebasan hak untuk bersuara. Adakah kebebasan hak bersuara tidak wujud di UPM???
Wahai Simon Oiiiiiiiiii dan rakan-rakan, ingatlah kita tinggal di bumi Malaysia. Negara kita ada undang-undang dan peraturan. Ikut sahaja peraturan yang ada dan jika berlaku kesilapan, ada cara dan panduan yang boleh diikuti bukannya mengadakan DEMONSTRASI. Apa yang anda dan rakan-rakan perolehi apabila mengadakan demonstrasi???
Pertubuhan gerakan DEMA, GMM, SMP, PBT anda adalah sia-sia belaka. Anda dan rakan-rakan tidak tahu menghargai apa yang telah anda perolehi. Sudah lah..hentikan lah..
Nasihat saya kepada mereka agar berjumpa dengan saya untuk selesaikan masalah... tq mba