[banner_pm.JPG]

Thursday, January 18, 2007

PEMIMPIN MAHASISWA PERLU PERUBAHAN

Ke mana arahnya pemimpin mahasiswa kita pada hari ini? Adakah hanya terhenti dipertengahan jalan ataupun mahu diteruskan demi bangsa, agama dan tanah air tercinta? Malaysia atau Tanah Melayu adalah milik kita. Kita Wajib menentukan corak kepimpinan negara kita sendiri. Jangan dibiarkan orang macam Lim Kit Siang atau sekutunya seperti Oii Tze Ming dan lain-lain, merampas kuasa daripada kita. Oleh itu, Ayuhlah semua pemimipin mahasiswa di tanah air yang kita cintai ini, bangkit dan terus berjuang!!!
Jika kita lihat saban tahun pemimpin mahasiswa kita bertukar ganti. Tapi, persoalannya ke mana mereka ini semua? ke mana semangat dan pengalaman yang telah mereka perolehi semasa dalam kepimpinan? Janganlah dipersia-siakan begitu sahaja. Saya sebagai pemimpin mahasiswa rasa terpanggil untuk mengajak semua rakan-rakan kepimpinan yang lalu dan kini supaya kita bersatu untuk menaikkan semula kehangatan perjuangan aspirasi yang kita cintai. Banyak pengalaman dan pengatahuan yang kita ada, wajib kita kongsi untuk memastikan ikatan yang kita bina sekian lama akan bertaut kuat kembali. Pada hari ini kita telah kuat dan seharusnya kita pertambahkan lagi kekuatan yang ada untuk kita terus berjaya pada masa akan datang.
Pada hari ini kepimpinan mahasiswa kita dicabar oleh beberapa pihak yang menganggap mereka ini hero. Terutamanya kita dicabar oleh pihak GMM yang didalangi oleh DAP. Apabila tercetusnya insiden di kolej 12 dan 14 UPM, mereka selar saya sebagai monyet dan mengatakan saya Anti-Cina. Semua ini tidak benar. Perhubungan saya dengan pelajar cina di dalam kampus amat baik sekali. Mengapa mereka membayangkan saya sebegitu rupa? Adakah mereka takut dengan Anak Hang Tuah ini? Mengapa bila berhadapan dengan saya mereka takut dan lari? Mereka hanya berani menyelar saya di belakang sahaja melalui internet dan risalah-risalah haram mereka tapi realitinya mereka PENGECUT.
Sebenarnya banyak isu-isu kampus yang boleh kita jadikan bahan untuk perjuangan MPP. Disebabkan beberapa karenah birokrasi yang tidak dapat dielakkan, pemimpin mahasiswa kita terpaksa mengikut telunjuk sahaja. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada hari ini. Pemimpin mahasiswa seharusnya bertegas demi memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Tapi, perlu kita ingat, janganlah sesekali kita mengadakan demonstarsi ataupun perhimpunan haram. Perkara sebegini adalah jijik di mata masyarakat. Kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh beberapa persatuan seperti PMI atau GMM tidak perlu kita jadikan panduan kerana apa yang mereka lakukan selalunya akan membawa keburukan atau kemudaratan kepada kemakmuran dan kedamaian kampus.
Pada pandangan saya juga, pemimpin mahasiswa pada hari ini perlu berubah dari segi caragaya berfikir. Bagaimana kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Kita seharusnya juga perlu berfikir di luar kotak pemikiran yang ada pada ketika itu. Kita perlu mengaitkan pengalaman dan pandangan orang lain dalam menghasilkan keputusan yang baik. Dalam mengendalikan program-program mahasiswa, kita perlu menghasilkan program yang memberikan kesan kepada semua masyarakat di dalam kampus. Oleh itu, perubahan yang perlu dilakukan mestilah relevan dengan kedudukan situasi pada masa itu.